Vinod Sekhar Petra Kasih inisiatif pemulihan ekonomi buat usahawan
#BuletinBernama: The PETRA Group melancarkan Vinod Sekhar Foundation Petra Kasih, iaitu inisiatif untuk menyokong pemulihan ekonomi dan mengembalikan semangat usahawan yang terkesan akibat wabak COVID-19. Pengerusi dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Dr. Vinod Sekhar berkata melalui inisiatif itu, bantuan kewangan dan perlindungan akan disalurkan kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terutama di Sabah dan Sarawak.